Assalamualaikum
UBK telah menjalankan program untuk pelajar Tahun 6 pada 7 Oktober 2010 yang lalu. Penceramah iaitu Dr Nur Syariza Radzi dari Klinik Kesihatan Chemor telah menyempurnakan slotnya dengan bergitu baik sekali. Program dimulakan dengan peserta perempuan dahulu dan diikuti dengan gabungan peserta lelaki dan perempuan.
Antara perkara yang diperkatakan adalah pengenalan sebagai seorang remaja, ciri-ciri fizikal remaja, masalah emosi remaja yang bakal timbul serta masalah yang mungkin akan dihadapi oleh remaja seperti masalah kesihatan dan sebagainya.
Slot soal jawab juga dibuka kepada peserta dan ini dimanfaatkan sepenuhnya dengan memberikan soalan kepada doktor secara langsung.
Program berjalan dengan baik sekali dan pihak sekolah mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Klinik Kesihatan Chemor kerana memberikan kerjasama yang baik demi kebaikan pelajar kami.
Berikut merupakan gambar yang berkaitan
klik gambar untuk paparan yang lebih jelas


Sekian terima kasih
